surat untuk umi dan abah
POSTED ON Saturday, June 16, 2012 AT 7:37 AM \\


harini, hariku penuh dengan kegembiraan. namun, dalam kegembiraan, ada juga kesedihan yang terpaksa kau menampung untuk kebaikan aku sendiri. tiada kata yang tiada makna. namun, penat lelahmu tidak menggambarkan keperitan hidupmu. kau berlindung demi kebaikan mu dan anak- anakmu. kau tiada pengganti. kau hanya satu didunia ini. kaulah yang pertama dan yang terakhir bagiku. jasamu tiada nilai. harini, kau ceriakan hatiku. kau kenyangkan perutku. kau berikan keperluanku. kaulah ibuku. penat lelahmu tidak menggambarkan kepenatan. penat lelahmu hanya menggambarkan kegembiraan buat anak- anakmu. kini, aku sedar betapa besarnya keikhlasan dan pengorbanan sepasang suami isteri yang ku panggil "abah" dan "umi". kau mendidikku dari kecil sehingga besar. kau taburkan ku dengan ilmu yang kau ajrkan. kau cukup bermakna bagiku. kau memang tiada pengganti. kaulah yang selalu menceriakan hatiku yang luka ini. kau memang ditakdirkan untuk menjadi abah dan umi yang terbaik di dunia. jasamu tidak terbalas. jasamu tidak ternilai. bahkan jika aku mempunyai kilang emas, aku tidak dapat membalas jasa- jasamu. kau amat bermakna dalam hidupku. hari- harimu, kau ceriakan hari- hariku. walaupun kau kecewa. kau sanggup berkorban demi memberikan yang terbaik untuk ku dan adik- beradikku. kau memang insan yang paling aku hormati. kau tiada pengganti. kau memang yang pertama dan yang terakhir bagiku. aku doakan supaya kamu  dipanjangkan umur. aku doakan kamu supaya sihat tubuh badanmu. aku tidak mampu untuk menolong mu. namun, aku menolongmu dengan hanya melakukan sedikit dari kerja betulmu. tiada kata yang membolehkan aku untuk menggambarkan bagaimana perasaan sukaku. kau, memang terbaik. terima kasih umi dan abah. ateh hargai stiap titik pelu umi dan abah dalam membesarkan ateh dan adik- beradik. terima kasih. sempena hari bapa juga teh nak iucapkan SELAMAT HARI BAPA dan TERIMA KASIH kepada Abah <3