preparation for PMR.
POSTED ON Friday, September 21, 2012 AT 2:35 AM \\


Assalamualaikum.
hye uolss! okay, merujuk kepada tajuk diatas, memang betul, min tengah study rajin- rajin memandangkan PMR lagi 18 hari. OHMYGUCCI! memang terkejar- kejarlah study. kena cover banyak chapter nak- nak agama, sejarah, science and geografi.

okay, bercakap tentang geo, min palinglah frust. min sebenarnya okay dengan geo sebab geo ni memang makanan min tapi, min tak pernah dapat A untuk geo. baru- baru ni, terengganu ada peperiksaan tambah nilai. so, min punyalah semangat buat geo. min tak baca pun. memang selalunya, kalau exam geo, tak pernah baca sebab semua dalam otak. haha. okay, punyalah semangat. senang gila soalan. tapi, bila dapat markah, min dapat 78%. wehhh?! what? memang geram gilalah. haha. selama ni, memang tak pernah tinggi tu pun tapi, okaylah kann. bila tanya cikgu, cikgu cakap "ni mesti kau terlalu yakin waktu jawab, kan? haa, tak boleh. kau kena fokus dan ingat balik. bukan yakin. kan dah kena. padan muka!"
haha, memang dah kena batang hidung min pun >.<'.
memang frust, tapi senyap jelahh. lepas ni, min kena baca balik semua tajuk geo. haha.

 then, agama. holaa! agama best. walaupun kena cover banyak tajuk, min tak kisah sebab kebanyakannya, semua ikut logik. ayat ni, cikgu min cakap. haha. kalau dia tanya terangkan, terangkan jelahh. cewahh, ayat ustazah memang best. dah lah comel. cuma satu je, bila dia mengajar, kekadang, mengantuk. haha. shhhhh! jangan beritahu dia. bila masuk sejarah, min bolehlah. sejarah, min buat macam my ex, afiq cakap. "baca yang penting saja 2 kali. then, min boleh buat" hehe. masih ingat lagi ayat dia. rindunya dia. okay, back to story. min baca sejarah, 2 hingga berkali- kali then, kena fahamkan lepas tu, min buat latihan dan alhamdulillah, baru ni tambah nilai, min rasa min buat okay. thanks Afiq <3. muehehe.
okay, science? tak payah tanya. min okay paper 1. paper 2, kalau dia tanya mono, coty, vetebrates, and so on, min agak lemah. tapi, so far so good. then, yang lain tu okay je :)

memandangkan trial min baru ni dapat 2A 3B 3C , min bersyukur. selama ni takde A, sekaraang ada. selama ni ada D, sekarang takde. woaahhhh! hebat. sebenarnya, orang yang beri min banyak semangat, mestilah family. tapi, waktu min trial ni, min tengah couple dengan afiq so, afiq pun banyak beri min semangat and tunjuk ajar. walaupun sekarang kita tak bersama, tapi min harap min boleh jadikan dia sebagai role model min sebab dia rajin dalam bab belajar. min boleh jadikan dia sebagai cikgu min sebab dia banyak ajar min dalam science especially. okay, afiq? thanks.
okay, walau apa pun, min dengan dia dah takde pape. you know, break-up. hehe. min minta. jahatnya min! haha. min break- up dengan dia atas sebab munasabah dan atas menjagaa maruah min sebagai seorang perempuan juga :'). and as you all know, walaupun min masih sayangkan dia, min tak boleh buat apa dah. qai dah nasihatkan min and min dengar (kut) haha.

nantilah, min akan update blog min lagi, lepas PMR yang pasti. oh yaa! min baru dapat jadual PMR semalam and guess what. min hanya perlu menghadap kertas tu selama 4 hari saja! tahun lepas, 2 minggu i guess. haha. 9 oktober hingga 11 oktober then cuti dan belajar. ahad sekolah macam biasa and isnin tu, 15 oktober  last day jawab lepas tu, min nak tidur. nak bakar kertas yang tak perlu then,nak kerja , bercuti and ambil result T.T

yang pasti, min buat preparation untuk PMR sekarang ni. hehe. oh PMR, come to me babeh :*



woahhhhhh! tak sabar wei. haha. talking about kerja, apa yang min nak kerja? min akan jalankan bisnes roti sosej min balik and mungkin min akan buat tiramisu kalau ada tempahan. best! min nak cari duit untuk masuk dalam akaun and shopping sampai pengsan. cewahh. harap- harap, menjadi. amin korang pun tolong doakan min, okay? terima kasih :)

okay, sekian sahaja daripada saya pada harini. saya senyum untuk awak, awak balas, okay? saya beri salam, awak jawab, okay?


 Assalamualaikum :)