nervous.
POSTED ON Thursday, October 4, 2012 AT 11:07 PM \\


Assalamualaikum! hai korang. korang sihat, kan? okay, haritu min beritahu yang min akan update blog after PMR, kan? hehe. min dapat buka laptop sebab kena isi borang SBP. so, sambil swimming, telan air. haha. oh ya, korang sihat?  mesti kann? untunglahh. min kat sini, demam sikit, pening sikit, itu sikit, ini sikit. haissh. ni semua angkara PMR. tapi, walau apapun, min tetap bersyukur kerana diberi kesempatan untuk hidup dan terus menghadap Allah SWT. 



okay, sebenarnya min ada sikit je masa lagi untuk PMR. grrrr, nervous. serious. nervous gila. kalau tahulah nervous macam ni, rasa macam tak nak ambil je. tapi, apakan daya. saya hanyalah manusia biasa. grrr, takutt. haha. kalau di ikutkanlah kan, min tinggal 4 hari saja lagi. bayangkan. 4 hari bersamaan dengan 96 jam. bermakna, sekarang ni, kurang dari 96 jam. gilaa. haishh. Ya Allah,, takutnya. 

huhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. tarik nafas, hembus. tarik, hembus. tarik, tahan 3 minit.. dussshhhhhhhh. innalillahiwainalilahirrajiun. fuhh. 

okay, min merapu. sukanya (T__T)
haha. bengong betul aku ni. haishhhhhhh. okay, so far so good min rasa. you know what I mean, right? so far so awesome. bhaha. gedik. okay, min belajar okaylahh. takdelahh tak okay. semua okay. cuma baru- baru ni, min ada tanya cikgu minlahh. cikgu anis. dia cikgu science. dia hebat. min tanya berkaitan dengan PMR lah. dia pun cerita. cerita dia,, pergggghhh. menakutkan. scary. seram. semualahhh. korang kan tahu science paper two, memang jarang sangat apa yang kita expect masuk, masuk. kan? dia cerita yang pasal soalan science. eiiiii. goosebumps dibuatnya. min mengharapkan sangat, soalan tu tak bunuh akal min. hehe. Amin ya rabbal al-amin.

oh yaa, min ada juga tanya pasal asrama. dia cakap better jangan ambil asrama. sebab..

"asrama tu best sebab duduk dengan kawan- kawan, kan? tapi, jadual yang terlalu packed, buat korang terkejar- kejar. yelaa, cuba bayangkan. pagi belajar sampai tengahari lepastu berehat  kejap, kelas tambahan. maalam pula prep. tidur paling awal, pukul 11. paling lewat 12. bangun paling awal 4.30. paling lewat 5.30. bila masa korang nak buat homework yang bergunung- ganang tu? bila dalam kelas, mulalah lentok sana, lentok sini. menguap sana. menguap sini. susahh. tu tak termasuk makan lagi, basuh baju lagi. gosok baju lagi. kemas katil laagi. itu lagi. ini lagi. so, cikgu rasa baik tak payah"

lepas je dengar cikgu cakap macam ni, min terus taknak. sebenarnya reason kenapa min nak ambil asrama ialah, sebab min ingat min bolehlah kurus duduk sana tapi, cikgu anis jawab....

"tak. bagi saya, duduk asrama tak kurus pun. berdasdarkan pengalaman saya, saya duduk MRSM dulu, memang semua packed. MRSM, walaupun pack,makanan dia sedap- sedap. dah lah makanan sedap, kerap pula tu. bila balik ke bilik, ada ke kawan- kawan beri makan. coklatlah. maggi lahh. itulah, inilahh. bagi saya, tak kurus pun. sama je dengan sekolah biasa."

bila je dapat tahu pasal ni, min terus caakap min taknak duduk asrama. min nak duduk sekolah min sampai form 5. graduate kat sini. fuhhhhh. tapi, bila min balik rumah semalam, sebaliknya.

umi: kau nak duduk asrama apa?
me: taknak. ateh taknak.
umi: okay, umi tak paksa tapi baik kau isi dulu.
me: taknak. 
umi: kalau kau duduk sini pun, adik- adik selalu kena marah dengan kau.
me: taknak. duduk asrama ke, sini ke, sama je. orang yang duduk asrama tu stress.
umi: ikut kau lahhh.

lepas je min fikir- fikir malam semalam, ada benar juga apa yang umi cakap. walaupun min taknak, sekurang- kurangnya isi dulu. so, harini min decide untuk buka laptop dan isi borang ke asrama. walaupun hati tak rela, apa yang kita fikir itu terbaik untuk ibu bapa, kita sepatutnya merelakan. 
so, bila buka laptop ni, min terfikir nak isi borang asrama ke SHAH. Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah. asrama yang paling dekat dengan rumah tokmi. kalau cuti, memang dah sahlah kan balik rumah tokmi. naik basikal. haha. dekat sangat. just about 3 KM. haha.  
tapi kan, sebenarnya kan, min tak isi pun lagi. haha. malas punya pasal. macam- macam dia tanya. leceh betul.

ouh ya, before min lupa baru- baru ni seorang ex student SMKRP telah kembali ke rahmatullah. beliau ialah,

Muhd. Amirul bin Mazlan.

macam pernah nampak, kan? korang ingat tak drama bulan puasa haritu? drama Masihkah Ada Ramadhan. ni lah heronya. dalam drama tu, dia memegang watak "Zali". seorang yang baik dan bertimbang rasa serta sayang akan keluarga. sebenarnya watak dia dalam drama ni, sebiji dengan wataak dia kat luar. kalau kat luar, dia seorang yang ramah, lemah lembut, penyabar, baik, sopan. dia ni, cukup sayangkan keluarga dia. dia tak pernah buat family dia kecewa. ni setakat apa yang min dengarlah. 
dia meninggal sebab kemalangan jalan raya. dia meninggal pada tarik 30 septembar baru ni. dia kemalangan dengan sendiri. takde kereta ataupun kenderaan lain yang terlibat. dia terbabas sendiri. kemalangan dia ni masuk dalam berita. 



lepas tahu cerita ni, min nangis. yelaa, walaupun min tak rapat dengan dia waktu besar ni, min terasa sangat sebab waktu kecil dulu, kita orang rapat. kita orang selalu baling batu sama sendiri. dia ni dulu nakal, hehe. 2 kali 5 je dengan min. parent kitaorang memang rapat. sedih. pilu. sebak. semua ada lepas tahu cerita ni. bila malam, min tak boleh tidur. min rasa tak sedap hati. min rasa macam arwah ada dekat area min. min rasa macam dia ada sedang perhatikan min. memang ni tak masuk akal. min bangun terus sembahyang dam sedekahkn al- fatihah dekat dia banyak- banyak. lepas tu, barulah min tidur. alhamdulillah. tenang je lepas tu. tak rasa lin dah. actually, perkara ni 2 kali dah terjadi dekat min. first, waktu arwah tokbah takde. min dapat rasa dia ada dekat sekitar min. min rasa macam mana min rasa mirul ada dekat sekitar min. lepas baca al- fatihah, barulah tenang. 
bagi min, semua ni macam mimpi. beberapa bulan lepas, dia datang ke sekolah ajar budak drama. lepas tu, dia datang nak jumpa cikgu- cikgu. 
lepas je dengar cerita ni, macam tak percaya pada mulanya tapi, nilah kenyataannya. Allah lebih sayangkan dia. redha dan tawakkal jelahh. min menangis teresak- esak. hehe :)
walaupapepun, kau tetap kita orang kenang dan doa sentiasa mengiringi kau, mirul. jasa kau tak terbalas. thanks mirul! 
Al- fatihah :')