bercuti di hospital
POSTED ON Friday, February 8, 2013 AT 5:01 AM \\
Assalamualaikum korang semua! apa khabar? Alhamdulillah kalau korang sihat dan pada yg sakit, itulah ujian daripada Allah SWT untuk menghapuskan dosa-dosa korang. bukan senang tau nak dihapuskan dosa.hadapinya dengan sabar, redha dan ikhlas, yaa. semoga korang cepat sembuh. 

okay, Alhamdulillah. cuti sekolah bersempena raya cina dah pun bermula! Amacam korang rasa?
happy? sedih? haha. alhamdulillah, min takdelah berapa happy, takdelah berapa sedih. its so so. sebabnya, kakak min, aina dimasukkan ke hospital untuk pembedahannya. memanglah min bersyukur sebab sakit dia akan hilang tapi dalam masa yg sama, min sangat sedih. dia bertolak pada hari selasa dan berpuasa start pukul 12 malam dan dibedah pada pukul 9 lebih. I mean, pagi rabu. Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar dan dia selamat. alhamdulillah. bersyukur pada Allah dan juga ber terima kasih kepada doktor yg telah cuba sedaya upaya menyelamatkan hidung kak ngah. pergghhhhhhh! ayat aku! hidung kak ngah. haha
okay, so min tak dapat bersama dengan kak ngah pada hari pembedahan sebab min sekolah tapi min dapat bersama dengan dia pada hari khamis. oh my, bukan main excited bila min datang. I mean, min, kak long, and adik- adik min datang. and guess what? demand nya dia. before sampai, dia mesej minta tolong belikan barang dia and kita orang dah belikan. after a few minutes, dia mesej min untuk belikan dia ikan keli goreng and I was like, "Seriously!!!! pukul 7 dah ni... ada ikan keli lagi ke?!!" tapi, kita orang pergi juga carikan ikan keli goreng untuk dia tapi malangnya dah takde. of courselah takde, dah nak dekat malam, nasi berlauk dah habis and kalau ada pun, masakan panas. oh my dia ni, dahlah makan dekat hospital semuanya benda mahal. steak, chicken chop, carbonara spageti, mihun sup, mee sup and a few more meals. dahlah demand dekat makanan, demand pula dekat pakaian, then nak keluar hospital cepat- cepat semata- mata nak ikut kita orang shopping. nampak tak kedegilan angah? and yaa, kita orang berkampung di hospital and spent our holiday here. such a nice experience sebab bilik ni sangat kecil untuk kita orang. kita orang terpaksa kecilkan perut waktu tengah tidur. okay, sila gelak. bhaha. and kita orang bawa beg baju yg besar dan pinggan mangkuk yg banyak. memang macam hotellah jadinya. haha :)
and harini juga Alhamdulillah, kita orang di khabarkan yg dia boleh keluar pada hari esok memandangkan sponge dalam hidung dia telah pun selamat dicabut dan ditanam. haha. geli kott! merah berdarah. euwwwww. satu rahsia min yg min nak bongkarkan harini ialah, min tak boleh tengok darah lama- lama nanti min pitam or min pengsan. seriously, min tak boleh jadi doktor. haha. cita- cita pertama yg aku tahu aku lemah. haha.

okaylah, that's all for this post. I got a work to do so, Assalamualaikum! enjoy your holiday :)