Rest and enjoy :)
POSTED ON Monday, November 25, 2013 AT 7:34 AM \\
mak aihh. gambar lama aku hapload ni., haha





Assalamualaikum.

dah banyak dah min beritahu dalm instagram, twittah yg min akan cuti, kan? rehat dari segala belenggu didunia yg menimpa dan menyusahkan pada masa kini. rehat daripada bussiness sementara rite?

Yess, I will rest for a week. alaah, rehat seminggu pun percayalah banyak juga kerja min buat. mana taknya,packing bag siapa nak buat? shopping lagi, fikir pasal giveaway and the thing yg akan min jual?
huhh. sometimes semua benda ni buat min rasa nak give up tapi, min ingat balik..


"aku hidup dkt dunia. punya umi, abah, keluarga yg cukup lengkap. punya kehendak dan kemahuan sendiri. dalam rumah aku, abah sorang yg kerja dan abah sorang yg bergaji tinggi pada setiap bulan. anak ada 5, isteri so. mak ada so. jadi semua bawah tanggungan abah 7 orang. bil api, bil air, segala bil mak nenek adalah bawah tanggungjawab abah. minyak kereta, cap kapak, minyak lincir ko gapo ko, abah. nak itu ini, abah. sampai bila- bila abah. tak abah, umi. tu jelaa. bilanya aku nak ada duit sendiri dan beli apa yg aku idamkan selama bertahun- tahun dah? hmm, kalau mcm tu memang taklah aku nak beli barang aku yg mahal tuh. kononnyalah. "
jadi, dgn bermonolog sendiri,aku sedar bahawa umi dan abah penting dalam hidup. bukan sebab duit je tapi, mencurahkan kasih syg, belaian yg manja apa semua. sayang umi, sayang abah :*

aku sedar yg aku perlu sedar dari lamunan utk berjaya tanpa usaha jadi aku bersetuju utk berbussiness walaupun semua barang bukan aku punya. aku decide utk jadi dropship agent. alhamdulillah, walaupun seksa, sakit, pedih dan perit tetap aku jalankan seperti biasa. banyak betul dugaan.
salah parcel, kena herdik, maki, kena return balik parcel, kena balikkan duit balik. rugi, untung bukan targetnya. targetnya adalah utk berikan layanan dan biar customer berpuas hati.
susah.
sangat susah nak faham mereka dan supplier (boss) . aku memang sangat lancar bercakap dan bermadah tetapi sebenarnya sangat nak kena teliti utk bercakap dgn mereka yg digelar boss ni. kena buat mcm parent juga, tak boleh kuajo.

semoga usaha dan titik peluh aku membangunkan online shop @rhittonlineshop ini , membuahkan hasil yg lumyan utk aku membeli semua barang yg aku idamkan selama ini dan bukan hanya berangan- angan.

ehh, balik pada topik. min cuti tau. nak order, hang tunggu seminggu lagi. min tak beritahu sesiapa pun lagi yg min nak kemana except semua boss min supaya mereka boleh masukkan duit kedalam akaun aku utk aku lunaskan semua hutang yg tertunggak sebelum berlepas.  insyaAllah..

doakan min selamat yaa sebab baru ni ada berita mengenai......

assalamualaikum :)