Bermonolog.
POSTED ON Thursday, December 12, 2013 AT 9:20 AM \\

Harusnya aku beringat bahawa tiada apa yg dapat aku kecapi kalau tidak bersungguh- sungguh.
Sungguh aku kecewa bila tiada apa yg aku boleh banggakan dengan keupayaan aku. Dimanakah semuanya tuju?

Perlukah aku mendiamkan diri disebalik senyuman yg tidak akan kekal abadi? Bersama dengan niat dihati utk terus megah berdiri.

Hati kosong aku membuatkan semua orang bertanya pada diri mereka sendiri. Apakah salah aku atau mereka? Sungguh aku kecewa dengan diri aku sendiri.

Perlukah aku meminta diri utk memaafkan yg lain sedangkan hati aku sendiri yg menangis berair dan bernanah? Perlukah aku mengalah demi untuk memudahkan kerja mereka untuk terus lalai dengan sikap dan kelakuan yang menjelekkan?

Apakah selama ini aku tidak menimbulkan persoalan untuk mereka berubah? Apakah selama ini aku terlalu menekan mereka untuk terus berdiri tanpa mempedulikan yg lain? Atau selama ini aku cuma...membatukan diri?

Perlukah persoalan ini terus membelenggu fikiran aku tanpa jawapannya?

Aku tahu. Masa yg menentukan jawapannya dan pada masa itu, aku akan senyum membangga bagi menimbulkan rasa kemenangan dalam diri yg semestinya telah memakan masa yg lama utk aku senyum seperti ini.

WAllahualam.