Magisnya sebaris doa
POSTED ON Saturday, January 18, 2014 AT 6:47 AM \\
Assalamualaikum.
Pada malam ni, min nak berkongsi sikit situasi cemas min yg baru je tadi min laluinya.
SubhanAllah, takutnya memang tak boleh nak terangkan. Sungguh aku hanya berdoa pada yg Esa supaya hati abah dilembutkan.
Kami dalam perjalanan pulang ke Kerteh daripada Pekan. Jalan agak sibuk yaa pada waktu malam ni. Kereta beribu- ribu diatas jalan bergerak kesana kesini termasuklah kami sekeluarga. Hanya abah, umi, aku dan adik- adik yg ada dalam kereta. Along dan angah belajar.
Macam biasa, perjalanan selepas makan malam. Mengantuk dan kuyu je mata aku ni. Aku tak boleh tidur lagi sebab baru lepas dinner jadi aku decide nak tengok pemandangan.
Sambil menjenguk ke tingkap tengok pemandangan, abah tiba- tiba break. Rupanya 3 buah kereta depan kereta aku break tiba- tiba. Allahuakbar. Allah saja yg tahu betapa cemasnya keadaan pada waktu itu dan Alhamdulillah, semuanya kembali seperti biasa.
Keadaan pada malam ini hujan renyai renyai sepanjang jalan. Jadinya agak kabur. Abah bawa kereta macam biasa. Sampai satu masa tu, abah potong kereta yg lain. Lama juga abah berada di link kanan sampailah satu masa tu, kereta arah bertentangan datang. SubhanAllah. Dgn aku- aku terkejut. Dengan keadaan yg cemas dan riuh dalam kereta, abah beri signal ke kiri utk masuk dalam link asal. Alhamdulillah, kereta depan faham dan lajukan sedikit kereta tapi, kereta dibelakang makin laju membuatkan keadaan masih dalam cemas.
Ya Allah. Pada masa itu, abah pecut supaya kereta ni tak dilanggar org belakang. Kereta belakang membunyikan hon yg agak lama dan kuat. Sungguh semua terkejut.
Tak sampai beberapa saat, abah berjaya dan keadaan kembali normal.
Tapi, selang beberapa minit, kereta belakang yg tadinya hon tu potong kereta aku dan juga kereta didepan aku. Sambil potong, dia menurunkan tingkap dan menunjukkan 'fc*k' ke arah abah. Terkejut aku.
Abah pun mulalah berasa geram dgn sikap pemandu tadi mungkin dan bertindak utk memotong ke semua kereta sampailah kereta dia dihadapan kereta ni. Abah ikut rapat supaya takde kereta lain yg boleh masuk. Waktu tu, abah menaikkan lampu tinggi berkali- kali. Aku rasa, korang faham maksud abah aku. Dia memberi amaran kepada pemandu kereta depan tu.
Pada masa tu, tak payah cakaplah yg hati ni memang dukdap dukdap kencang je. Aku tak tahu nak berdoa mcm mana supaya abah tak dengar.
And alhamdulillah, aku teringat satu doa yg aku amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam.
"Lailahaillaanta subhanakal inni kuntumminal zalimin"
Aku baca ni sambil tengok muka sipi abah didepan dan kereta depan. Aku bermohon dalam hati supaya Allah memperkenankan permintaan aku supaya dilembutkan hati abah.
Sampai Kemaman, abah merenung pemandu tu sambil memotong. Sungguh aku takut tapi, abah memberi signal kekanan utk masuk ke lorong kanan. Alhamdulillah.
Abah mengalah. Allah dah perkenankan doa aku. Aku berasa sangat lega dan sangat bersyukur ke hadrat Ilahi.
Kalaulah ditakdirkan terjadinya apa- apa, sungguh aku tak bersedia.
Allahuakbar. Allah saja yg tahu apa yg aku rasa.
Terima kasih ya Allah telah mempermudahkan segalanya. Semoga Engkau memberi rahmatMu kepada kami semua yg digelar umat islam.
Jadinya kepada korang semua, yg tak tahu nak berdoa apa- apa dalam apa keadaan sekalipun, amalkan ayat ni. Waktu exam PMR dulu pun sama aku amalkan ayat ni waktu jawab agama. Magiknya datang lepas aku pejam mata dan amalkan ayat ni berkali- kali. Aku dapat jawab semua soalan dan berjaya dapat apa yg aku target.
Allahualam.

Azrin Yasmin

tiada kata banyak tentang aku.
cukup satu dua untuk umum semua tahu.
manusia biasa
yang tidak
sempurna
berdiri dan hidup
dalam satu kelompok
yang suka bergambar
serta
suka bercerita
dan ini, tentang perkongsian aku.
You can visit my:
tumblr \
twitter \
facebook \
instagram
SUKA SUKI AKU BERBAKI UNTUK BERBAKU