POSTED ON Wednesday, April 23, 2014 AT 4:40 AM \\

Kau suka tanda kau ceria.
Kau menangis tanda kau bersedih.
Kau senyum tanda kau senang.
Kau sedih tanda kau diganggu emosi.

Aku tak kuat.
Berapa kali aku nak ucap.
Aku tak kuat.
Bukan utk orang mainkan.

Aku dah serik.
Berasa diketepikan.
Aku dah serik.
Bila kawan sendiri ada waktu senang saja.

Bila aku cerita
mereka taknak mengalah.
Bila aku cerita
Aku selalu perlu bertenang.

Bukan aku
Kalau rasa seperti batu
Bukan aku
Kalau bukan aku yg menyahut

Tapi hati
Hati mendengar.
Tapi hati
Hati menangis.

Apa salah aku
Bila mana berperasaan seperti batu
Apa salah aku
Bila mana tiada kata utk aku keluarkan

Aku dah sakit.
Aku perlu diubati.
Bukan dengan ringgit.
Tapi hanya berdiam diri seperti mati.

Aku mahu bila aku pergi
Dunia ketawa.
Aku mahu bila aku pergi
Dunia semakin ceria.

Senyum wahai keluarga.
Senyum wahai rakan.
Senyum wahai orang sekeliling.
Senyum wahai dunia.

Aku pergi membawa diri.
Ke dunia yg aku sendiri tidak ku kenal.
Aku pergi dgn hati.
Hati yg sakit dihujani perit dan sengal.

Hati aku bukan batu.
Yang korang boleh sakatkan selalu.
Hati aku bukan batu.
Yang korang boleh tikam selalu.

Benci tiada guna.
Madah tiada bicara.
Hanya hati memendam rasa.
Pergilah wahai suka katanya.