Lepas satu satu
POSTED ON Wednesday, June 4, 2014 AT 8:54 PM \\

Lepas satu satu
Tak pernah nak kematu
Semua benda macam baru
Hey, naik hantu aku

Lepas satu satu
Aku kira kau taknak tahu
Tapi kau kata kau ingin tahu
Aku bilang kau tak perlu

Lepas satu satu
Hati resah bagai dihimpit pilu
Aku sedar bukan begitu
Namun salahkah aku

Lepas satu satu
Ujian yg baru
Aku rasa tak perlu
Untuk semuanya sama tahu

Lepas satu satu
Orang aku sayang aku pergi begitu
Tak kirimkan apa yg aku mahu
Bukan benda tapi sayang hati itu

Lepas satu satu
Ia pergi meninggalkanku
Bukan kupinta juga bukan kumahu
Entah bagaimana aku nak duduk diam kaku

Lepas satu satu
Harini aku tahu
Dunia semakin kelabu
Bukan kau tapi aku

Lepas satu satu
Hati makin dihidu
Oleh hinanya nafsu
Aku bilang biarkan saja apa yg dia mahu

Lepas satu satu
Airmata aku beku
Tak pernah rasa begitu
Hanya kerana kamu

Lepas satu satu
Benda dikenangkan aku
Sampai hari itu
Ia bukakan mataku

Lepas satu satu
Bila entah ia nak menyatu
Jadikan ia seperti lagu
Sempurnakan ditelingaku

Lepas satu satu
Aku pun tak tahu
Bila nak berhenti tanyaku
Jawapannya takkan pernah nak tahu

Sebab satu satu itu
Semuanya tersemat dalam kalbu
Satu persatu
Tak mungkin aku boleh lupakan dengan hanya begitu

:bilik sepi aku
:2012
:250614