mimpi #1
POSTED ON Sunday, June 15, 2014 AT 7:34 AM \\
Aku berada diatas menaiki satu gergasi besar pacuan 4 roda. Tiada apa yang menghiburkan hati cuma seketika bila lagu yang liriknya penuh terselit di ingatan, aku nyanyi bersama.
Kini hampir senja
Aku memerhatikan langit diatas sana. SubhanAllah. Mulut aku berbunyi.Pelangi indah nan syahdu membentuk seperti awan dua lapisan. Sunggu cantik dan sungguh lain daripada kebiasaannya. Sungguh aku terpegun.
Terlihatkan adik lelakiku mengeluarkan kamera telefonnya untuk merakam pelangi tersebut namun hampa sedikit kerana kualiti telefon tersebut tidaklah sempurna.
Aku merenung lagi.
Kini senja.
Baru seketika aku merasa bahawasanya kau disini berbisik ditelinga. Kau berkata "langit diatas sana memandang kita. Pelangi juga ada memerhati kita. Awan ada untuk kita berasa selesa". Walaupun semua ayat yang indah ini aku dapat dan aku terima daripada berangan dan mimpi mimpi aku bersama lelaki misteri, aku gunakan. Walaupun dalam mimpi itu kau hanya berbisik perlahan tanpa dapat menoleh kearah raut wajah kau, aku rasakan satu perasaan gembira dan senang. Sampai satu ketika, aku memulakan bicara aku lihat kau bangun dengan selamba menoleh membelakangi aku dan pergi dgn begitu.
Tidak.
Itu bukan indah tapi sedih dan hampa datang bertandang. Ketika itu, aku sempat berkata kepada diri aku "tidak ada cinta dalam hidup yg akan aku terima dalam hidup aku selagi pelajaran dan impian aku utk melangkah dewasa dgn berjaya tidak dapat aku gapai".
Bunyi seperti tak masuk akal. Tapi aku beritahu kau apa yang aku maksudkan--
Dulu aku pernah bercinta dan aku gagal utk gembirakan hati. Rupanya aku bertepuk sebelah tangan. Sungguh sakit dan gembira ada cuma ia sementara dan tidak bermakna.
Dulu aku pernah bercinta cuma aku seorang yang beriya iya dengan dia padahal dia dengan senang dan tanpa mempedulikan aku pergi main kayu tiga.
Dulu aku pernah bercinta tapi aku yang main dalam cinta dan sehari saja aku bersama dan kemudian aku biarkan dan terus minta berpisah.
--kau tahu, senang betul lelaki nak tipu dan perdayakan aku sampaikan aku sanggup perdayakan mereka padahal tak salah apa. Maaf, aku tidak fikir panjang waktu itu.
Serik ke? Aku tak serik. Cuma aku taknak nanti rasa aku suka dan sayang aku lebih daripada rasa aku ingin berjaya. Aku taknak nanti aku lali dan aku pinggirkan semua termasuk mereka yang aku kenal daripada aku kecil sehingga aku besar berjaya. Aku taknak kena galas satu lagi beban dosa tipu umi abah dan yg lain pasal nak keluar berjalan atau keluar dengan dia. Aku taknak nanti dah dapat sambung belajar lepastu ada je mamat yang aku suka kemudian aku lalaikan engkau. Aku taknak nanti orang kata aku hipokrit pilih kau berbanding mereka. Aku taknak nanti semua benda aku galas sorang tu sebab, aku tunggu betul betul masa dia.
Aku tahu cakap takge guna buat taknya tapi aku cuba. Dan aku bangga, dah 2 tahun aku tak bersama sesiapa yang digelar lelaki untuk aku jadikan pasangan istimewa.
Aku taknak nanti dia tinggalkan aku macam mana yang dalam mimpi tu.