Penjual buah
POSTED ON Saturday, August 30, 2014 AT 4:39 AM \\

Terlihat aku di satu sudut bahagian sisi kiri jalan menuju ke kuantan.
Musim cempedak dan labu mungkin pada waktu ini.
Ku lihat separuh kedai dipenuhi dengan cempedak semata-mata. Separuh lagi labu. Harga yang diletakkan pula murah bagi aku, seorang penetap di bandar minyak Kerteh. Rezeki aku sekeluarga diceruk kampung yang barang-barang makan hampir kesemuanya mahal. Semasa umi dan along membuat pilihan dengan menilik buah buah itu, satu lelaki yang pada aku seorang pengusaha disitu melayan karenah kesemua pelanggannya dengan ramah. Kemana umi dan along pergi utk mencari buah, disitulah dia ada sambil memegang plastik merah berukuran seperti plastik sampah size biasa untuk diletakkan buah buah itu kedalamnya. Aku lihat dan perhati setiap sudut kedai itu walaupun aku hanya duduk dengan tenang ditiup pendingin hawa. Dan pada waktu itu,seorang wanita keluar ditengah-tengah kedai tersebut berpakaian solat berwarna putih bercapukkan hitam di beberapa bahagian. Aku menoleh pada jam di dinsing kereta, sudah hampir jam 10malam. Pasti solat isyak yg dilaksanakan makcik itu. Aku mengalihkan pandanganku pada umi dan along. Kelihatannya sedang mengeluarkan duit daripada dompetnya dan dihulurkan kepada lelaki tadi. Wanita tadi datang menghampiri umi san along. Kelihatan dia menegur dan bersembang dengan umi. Lelaki tadi mengambil peluang mengambil pisau buah dan diambilnya cempedak yang enak baunya, dikopek dan disuakan kepada umi serta along. Melihatkan pakaian solat si wanita itu dan lelaki itu yang hanya memakai tshirt bewarna kelabu dan berseluar tiga suku hitam, aku tahu mereka bukan senang namun, dengan rezeki dan mungkin kebun mereka, mereka usahakan dengan menjualnya dan meletakkan harga yang murah. Dengan kudrat yang ada, aku lihat mereka gembira dengan apa yang ditakdirkan dan ditetapkan oleh Allah untuknya.

Lihat, duit dan rezeki itu berbeza. Duit itu objek yang kita boleh pegang dan boleh pula menukarnya dengan beli harangan lain. Rezeki, adalah satu kurniaan yg dikurniakan oleh Allah. Rezeki ini lagi diberkati berbanding hanya duit. Rezeki makcik dan abang tadi murah, umi dan along juga murah. Terima kasih kepada Tuhan dan mereka. Semoga diberkari rezeki yang dikurniakan ini. Amin.

Syukran jazillah.