Kecewa
POSTED ON Wednesday, September 24, 2014 AT 12:13 AM \\

Kecewa.

Keputusan percubaan spm aku baru ini,
Aku rasa sedikit hampa dan kecewa.
Biarpun banyak telah aku usahakan.

Aku taknak nangis sebab kecewa.
Aku nak menangis sebab berjaya.
Baru ni aku menangis kerana addmath, math, banyak meningkat.
Aku hampa bila semua markah dah key in, aku berada dijalan yg akhir, mungkin.


"Perbanyakkan latihan, usaha lebih sikit. Perbanyakkan baca buku atau esei atau novel."

"penggunaan kata awak kurang menarik. Awak banyak menulis?"

"cikgu tak tahu nak buat macam mana dah kalau awak tak usaha lebih lagi"

"markah awak meningkat. Tapi masih gagal,"

Aku teringat satu ayat ini.
Semacamnya, aku seperti terdegar dalam masa aku tertidur atau mungkin terdengar dimana-mana

"usaha tangga kejayaan, memang gagal itu sakit. Perit. Memalukan. Tapi kalau dah markah itu meningkat, diri sendiri perlu bangga. Bukannya berduka atau hampa dengan takdir. Satu je, Allah pasti ada. Dia suka mereka yang berusaha. Dan pastikan, kau usaha bukan berlumba untuk menjadi bijak tapi hati atau niat pergi lain"

Walaupun ini yang aku dapat,
Sedikit sebanyak menaikkan semangat.
Walau usaha aku sepertinya terbantut,
Aku takkan lupa untuk usaha bertubi-tubi.

Biar cemerlang kita genggam
Bukan malu yang kita pandang.